E-Book Panduan Bisnes

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Jual Produk Anda Di Lazada!

cart_icon-removebg-preview

Lazada Mempunyai Bilangan Pengunjung Yang Sangat Ramai!
Seperti yang telah saya katakan tadi… bilangan pengunjung yang melawati Lazada sama ada menerusi website ataupun apps, adalah seramai 700,000 orang sehari! Ianya jauh lebih ramai dari bilangan pengunjung di KLCC mahupun mana-mana pasaraya terbesar di Malaysia.

cart_icon-removebg-preview

Pasaran Luas, Seluruh Malaysia!
Jika anda membuka kedai di sesuatu kawasan, maka, pelanggan anda adalah orang-orang di sekitar kawasan tersebut sahaja!  Tapi, apabila anda membuka “kedai maya” di Lazada…. potensi pasaran anda adalah dari seluruh Malaysia, orang-orang dari Kelantan, Perlis, Johor, Sabah & Sarawak pun boleh beli produk anda!

cart_icon-removebg-preview

Jualan 24 Jam Tanpa Henti!
Ya! apabila anda meletakkan barang anda di Lazada, orang boleh beli produk anda 24 jam… tiada lagi waktu terhad, waktu buka & tutup kedai! Pukul 2-3 pagi sewaktu anda sedang lena tidur pun, ada orang yang beli produk anda!

cart_icon-removebg-preview

Kos Rendah!
Jika anda membina website sendiri, anda peru bayar kos domain dan hosting setiap tahun. Tetapi, di Lazada, tiada sewa bulanan atau tahunan yang anda perlu bayar! Anda hanya dikenakan caj 2% sahaja bagi setiap jualan yang terhasil! Kalau tiada jualan.. maka tiada sebarang caj!

cart_icon-removebg-preview

Sistem Yang Canggih!
Sama ada dari segi sistem pengurusan produk, pengurusan tempahan mahupun sistem pembayaran, Lazada menyediakan sistem yang canggih yang memudahkan pembeli dan juga penjual! Anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan hal-hal teknikal berkaitan keselamatan sistem dan server apabila berniaga di Lazada!

cart_icon-removebg-preview

Jimat Masa, Tak Perlu Layan Whatsapp!
Ah ha! Ini juga salah satu kelebihan utama apabila anda menjual di Lazada. Tak perlu lagi buang masa nak  layan dan belai-belai prospek yang belum tentu lagi mahu membeli! Kalau mereka berminat, mereka akan terus klik butang order dan buat bayaran!

cart_icon-removebg-preview

Promosi & Pemasaran Yang Hebat!
Setiap bulan, Lazada akan mengadakan promosi dan pemasaran yang hebat dan secara besar-besaran! Mereka akan membuat iklan di media massa, internet malah Lazada juga pernah menganjurkan konsert untuk kempen 11.11 dan 12.12 mereka. Promosi sebegini telah banyak melonjakkan jualan peniaga-peniaga di Lazada!

error: Content is protected !!